Monday, 25 August 2014

TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA


  • Gambar-gambar di atas merupakan pakaian-pakaian tradisional etnik di Malaysia.
Pada paparan blog kami kali ini, dengan rasa teruja dan gembira kami akan berkongsi ilmu mengenai keunikan adat dan pantang-larang kaum Cina.??,kami berdua merupakan peminat tegar MELUR JELITA penulis novel ASST, MPI dan ILUS.Dalam novel ASST, watak Hilman Yong(mualaf Cina) benar-benar memberi kesan kepada emosi kami,Adat kaum Cina yang unik dan menarik banyak diselitkan dalam unsur penceritaan novel ini.Berikut merupakan adat dan pantang-larang bagi kaum Cina..



Kepercayaan  &  Pantang-larang  kaum Cina
Kaum Cina sama seperti kaum-kaum di Malaysia yang lain mempunyai kepercayaan, adat dan pantang-larang.Pantang-larang  masyarakat  Cina meliputi elemen seperti yang berikut:

1.      Penyapu
-dipercayai   mempunyai semangat sendiri.Oleh itu,tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah dan kedai
-tidak boleh  digunakan untuk membersihkan perkakas  memuja  dan kawasan sembahyang di rumah orang Cina(hanya kain bersih  dan berus khas yang dibenarkan)
-semasa  perayaan Tahun Baru Cina pada 3 hari pertama perayaan, menyapu rumah atau kedai adalah dilarang sama sekali kerana dipercayai boleh menghilangkan tuah
-memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan kepada individu tersebut selama beberapa tahun

-kadang-kala, penyapu digunakan untuk menghilangkan lemah semangat seseorang.(perkara ini dilakukan dengan menyapu seluruh badan sambil menghadap patung-patung pujaan. Selepas itu, penyapu tersebut akan dipukul/ dipijat untuk mengeluarkan semangat yang tidak diingini tersebut)


1.      Nombor
-ada nombor yang dipercayai membawa tuah dan sebaliknya
Sebagai contoh, nombor 8 merupakan nombor kegemaran masyarakat Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah

Nombor 4 pula melambangkan kematian.Oleh itu,nombor 4 jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain. Nombor-nombor lain yang dielakkan penggunaannya secara umum adalah 7 dan 1 kerana masing-masing melambangkan kematian dan kesunyian.

2.      Misai dan Janggut


-Sesiapa yang menyimpan misai ataupun janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas si keluarga and saudara mara lelaki itu.
- Walaupun wira-wira dan dewa-dewa Cina zaman dahulu ada yang mempunyai janggut, ia masih di percayai tidak akan membawa tuah kepadanya.
-Seorang yang memiliki misai ataupun janggut akan di kategorikan sebagai
pekerja buruh atau pekerja bawahan, kerana ia tidak mempunyai masa untuk bercukur, justeru itu dikaitkan dengan kelas bawahan.




     
      adat perkahwinan kaum melanau

Sunday, 24 August 2014

TEMA 6 : CABARAN MASA DEPAN

UNIT 9 : ANCAMAN DALAMAN DAN LUARAN
9.1 : Malaysia, dalam meniti arus modenisasi menuju ke proses merealisasikan wawasan 2020 sedar ataupun tidak sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman. Ancaman ini boleh dibahagikan kepada dua elemen:

 ANCAMAN DALAMAN

  1. Pelbagai kegiatan jenayah
-kegiatan jenayah yang semakin berleluasa di negara kita mendatangkan banyak natijah negatif antaranya seperti:

  • merosakkan imej negara pada pandangan dunia
  • menjejaskan pendapatan agensi pelancongan-pelancong bimbang akan keselamatan individu
  • rakyat tempatan hidup dalam ketakutan
      2.   Kegiatan sindiket pemalsuan
-mayapada, sindiket pemalsuan dokumen-dokumen penting kian berleluasa.Jika tidak ditangani dalam kadaran yang segera, berikut merupakan kesan  buruk akibat kegiatan sindiket pemalsuan:
  • menjejaskan ekonomi negara
  • mencemarkan reputasi negara pada pandangan negara luar
  • sindiket pemalsuan dokumen-dokumen penting seperti pasport antarabangsa semakin berleluasa
ANCAMAN LUARAN
  1. Sosial
-pengaruh budaya barat yang negatif mendatangkan pelbagai masalah antaranya iaitu KERUNTUHAN AKHLAK
-langkah proaktif seharusnya diambil untuk mengatasi dan mencegah masalah ini daripada berleluasa.Berikut merupakan cadangan yang boleh diaplikasikan:
  • ibu bapa mengetahui perkembangan sosial anak-anak
  • kempen-kempen oleh pihak bertanggungjawab
  • penerapan nilai-nilai murni sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran
     2.   Kesihatan
-penyakit kronik dan berjangkit melalui elemen tertentu seprti AIDS dan EBOLA
-boleh menjeaskan ekonomi negara
-langkah-langkah yang boleh diaplikasikan untuk mengelakkan penyakit berjangkit daripada mula menular di kalangan masyarakat negara kita:
  • iklan di media massa berkaitan simptom dan kesan penyakit misalnya
  • mewajibkan pemeriksaan kesihatan ke atas pelancong dari negara luar
  • tidak membenarkan rakyat negara kita untuk ke tempat yang disyaki bervirus dan sudah mempunyai kes berkaitan penyakit
9.2 : MALAYSIA MENAJA KEAMANAN DUNIA
Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menjadi ahli dalam berbagai-bagai pertubuhan antarabangsa dan bergiat secara aktif atas pelbagai kepentingan bersama.
MALAYSIA DAN PERTUBUHAN YANG DISERTAI
  1. KOMANWEL
  •  Pertubuhan ini telah dibentuk pada tahun 1931 dan anggotanya terdiri daripada negara
    bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka. Keanggotaannya terdiri daripada 54 buah
    negara maju dan juga negara sedang membangun.
  •  Matlamat penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat dan setia kawan di
    kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam segala bidang.
  • Selepas mencapai kemerdekaan, negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
  •  Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand
    juga menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana
    pihak semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia
 
        2.  PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
  •  Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB semasa membantu
    menyelesaikan konflik antarabangsa.
  •  Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk
    menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang
    saudara di Congo (kini dikenali sebagai Zaire).
  •  Pada tahun 1989, sekali lagi Malaysia
    dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu
    mencapai kemerdekaan. 
  • Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan
    pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman
    ke Bosnia.

        3.   PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM 
  • beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi
  •  Matlamat utama penubuhannya adalah
    untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang dan bersuara
    dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam. Matlamatnya juga adalah untuk
    mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam serta
    bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.
  • banyak memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti Lubnan, Bosnia dan Afghanistan  dengan menghantar pasukan perubatan
  • bantuan dalam bentuk kewangan juga diberi kepada negera-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad
  • menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota
  • menyeru ke arah keamanan


UNIT 10 : UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

10.1
Apakah UUKA?

Undang-undang  Kemanusiaan  Antarabangsa (UUKA) adalah  satu  badan  peraturan yang mengenakan had terhadap  penggunaan  senjata  dan  kaedah  peperangan.UUKA  melindungi  mereka yang tidak, atau  tidak  lagi  mengambil  bahagian  dalam  pertempuran. UUKA bertujuan  untuk  melindungi  maruah manusia dan menghadkan  penderitaan  semasa  peperangan.UUKA  juga  dikenali  sebagai  undang-undang  peperangan  atau  undang-undang  konflik bersenjata.

Mengapakah UUKA penting?
 menjamin keselamtan dan maruah individu semasa perang
menjaminkeselamatandanmaruahmanusiasemasaperang.Ianyabertujuanmemeliharasatutahapkemanusiaan yang tertentu, denganberpandukanprinsipbahawapeperanganjugaadahadnya.

Siapakah yang menjadi sasaran  UUKA? 
  • orang awam 
  • anggota  perubatan  dan angkatan tentera
  • mereka yang tidak  lagi  terlibat di dalam  pertempuran, contohnya  penempur yang cedera
  • tawanan  perang
10.2-PENCABULAN HAK ASASI
Pencabulan UUKA
  • menghalang mangsa yang cedera mendapatkan rawatan
  • memusnahkan harta benda orang awam semasa peperangan
  • membunuh orang awam semasa peperangan
  • membunuh musuh yang telah menyerah diri
  • tawanan disabitkan kesalahan tanpa mendapat hak perundangan
  • tawanan perang yang menyerah diri didera dan dimalukan


TEMA 5 : MALAYSIA NEGARA BERDAULAT


UNIT 7 : JENTERA PENTADBIRAN NEGARA


7.1 : SENARAI MENTERI KABINET MALAYSIA 2014
 PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)
                                   
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)




MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN(UMNO)






7.2 :  SISTEM KEHAKIMAN DI NEGARA KITA
Menurut pengertian Wikipedia, Kehakiman di Malaysia merupakan gambaran maruah dan imej di kalangan pengamal undang-undang, rakyat biasa dan perspektif masyarakat antara bangsa terhadap pemisahan antara kuasa eksekutif dengan kuasa kehakiman di Malaysia.Sistem judiasari di negara kita memainkan peranan yang penting untuk memastikan kepentingan rakyat terpelihara dan menegakkan keadilan serta memastikan keamanan negara terpelihara.


Jenis-jenis mahkamah di Malaysia:
  • Mahkamah Awam-Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret, Mahkamah Penghulu dan Mahkamah Koroner
  •  Mahkamah Khas- Mahkamah Raja-Raja, Mahkamah Syariah, Mahkamah Juvenil, Mahkamah Tentera, Mahkamah Bumiputera, Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Buruh



Fungsi Badan Kehakiman
  • menegakkan undang-undang
  • mentafsir undang-undang
  • mengadili kes-kes jenayah dan sivil
  • mengadili perbicaraan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri atau di kalangan Kerajaan-Kerajaan Negeri
  • mentafsir perlembagaan
  • menasihati Yang DiPertuan Agong – Yang DiPertuan Agong boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi kemusykilan baginda tentang  tafsiran  Perlembagaan Persekutuan.

  Bidang Kuasa Badan Kehakiman
  • bebas daripada pengaruh mana-mana pihak
  • bebas membuat keputusan berpandukan fakta yang diberikan dalam mahkamah
*keputusan Mahkamah tidak semestinya muktamad kerana Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk memberikan pengampunan melalui Lembaga Pengampunan

Thursday, 21 August 2014

TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT



PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
·         Pemeliharaan alam sekitar- Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.
·         Pemuliharaan alam sekitar- Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar yang mengalami perubahan akibat tindakan manusia.
LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
  • Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah biologi dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula, mengurus sampah sarap secara sistematik, mewartakan hutan simpan dan taman negara.
ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS)
  • Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)
  • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
  • Alam Flora Sdn. Bhd.
AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR
PENEROKAAN HUTAN
  • Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian pindah.
AKTIVITI PERINDUSTRIAN
  • Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng bukit.

KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR
PENCEMARAN UDARA
PUNCA
  • Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.
KESAN
  • Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif.
PENCEMARAN AIR
PUNCA
  • Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian
KESAN
  • Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih