Sunday, 24 August 2014

TEMA 6 : CABARAN MASA DEPAN

UNIT 9 : ANCAMAN DALAMAN DAN LUARAN
9.1 : Malaysia, dalam meniti arus modenisasi menuju ke proses merealisasikan wawasan 2020 sedar ataupun tidak sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman. Ancaman ini boleh dibahagikan kepada dua elemen:

 ANCAMAN DALAMAN

  1. Pelbagai kegiatan jenayah
-kegiatan jenayah yang semakin berleluasa di negara kita mendatangkan banyak natijah negatif antaranya seperti:

  • merosakkan imej negara pada pandangan dunia
  • menjejaskan pendapatan agensi pelancongan-pelancong bimbang akan keselamatan individu
  • rakyat tempatan hidup dalam ketakutan
      2.   Kegiatan sindiket pemalsuan
-mayapada, sindiket pemalsuan dokumen-dokumen penting kian berleluasa.Jika tidak ditangani dalam kadaran yang segera, berikut merupakan kesan  buruk akibat kegiatan sindiket pemalsuan:
  • menjejaskan ekonomi negara
  • mencemarkan reputasi negara pada pandangan negara luar
  • sindiket pemalsuan dokumen-dokumen penting seperti pasport antarabangsa semakin berleluasa
ANCAMAN LUARAN
  1. Sosial
-pengaruh budaya barat yang negatif mendatangkan pelbagai masalah antaranya iaitu KERUNTUHAN AKHLAK
-langkah proaktif seharusnya diambil untuk mengatasi dan mencegah masalah ini daripada berleluasa.Berikut merupakan cadangan yang boleh diaplikasikan:
  • ibu bapa mengetahui perkembangan sosial anak-anak
  • kempen-kempen oleh pihak bertanggungjawab
  • penerapan nilai-nilai murni sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran
     2.   Kesihatan
-penyakit kronik dan berjangkit melalui elemen tertentu seprti AIDS dan EBOLA
-boleh menjeaskan ekonomi negara
-langkah-langkah yang boleh diaplikasikan untuk mengelakkan penyakit berjangkit daripada mula menular di kalangan masyarakat negara kita:
  • iklan di media massa berkaitan simptom dan kesan penyakit misalnya
  • mewajibkan pemeriksaan kesihatan ke atas pelancong dari negara luar
  • tidak membenarkan rakyat negara kita untuk ke tempat yang disyaki bervirus dan sudah mempunyai kes berkaitan penyakit
9.2 : MALAYSIA MENAJA KEAMANAN DUNIA
Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menjadi ahli dalam berbagai-bagai pertubuhan antarabangsa dan bergiat secara aktif atas pelbagai kepentingan bersama.
MALAYSIA DAN PERTUBUHAN YANG DISERTAI
  1. KOMANWEL
  •  Pertubuhan ini telah dibentuk pada tahun 1931 dan anggotanya terdiri daripada negara
    bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka. Keanggotaannya terdiri daripada 54 buah
    negara maju dan juga negara sedang membangun.
  •  Matlamat penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat dan setia kawan di
    kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam segala bidang.
  • Selepas mencapai kemerdekaan, negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
  •  Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand
    juga menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana
    pihak semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia
 
        2.  PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
  •  Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB semasa membantu
    menyelesaikan konflik antarabangsa.
  •  Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk
    menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang
    saudara di Congo (kini dikenali sebagai Zaire).
  •  Pada tahun 1989, sekali lagi Malaysia
    dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu
    mencapai kemerdekaan. 
  • Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan
    pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman
    ke Bosnia.

        3.   PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM 
  • beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi
  •  Matlamat utama penubuhannya adalah
    untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang dan bersuara
    dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam. Matlamatnya juga adalah untuk
    mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam serta
    bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.
  • banyak memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti Lubnan, Bosnia dan Afghanistan  dengan menghantar pasukan perubatan
  • bantuan dalam bentuk kewangan juga diberi kepada negera-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad
  • menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota
  • menyeru ke arah keamanan


UNIT 10 : UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

10.1
Apakah UUKA?

Undang-undang  Kemanusiaan  Antarabangsa (UUKA) adalah  satu  badan  peraturan yang mengenakan had terhadap  penggunaan  senjata  dan  kaedah  peperangan.UUKA  melindungi  mereka yang tidak, atau  tidak  lagi  mengambil  bahagian  dalam  pertempuran. UUKA bertujuan  untuk  melindungi  maruah manusia dan menghadkan  penderitaan  semasa  peperangan.UUKA  juga  dikenali  sebagai  undang-undang  peperangan  atau  undang-undang  konflik bersenjata.

Mengapakah UUKA penting?
 menjamin keselamtan dan maruah individu semasa perang
menjaminkeselamatandanmaruahmanusiasemasaperang.Ianyabertujuanmemeliharasatutahapkemanusiaan yang tertentu, denganberpandukanprinsipbahawapeperanganjugaadahadnya.

Siapakah yang menjadi sasaran  UUKA? 
  • orang awam 
  • anggota  perubatan  dan angkatan tentera
  • mereka yang tidak  lagi  terlibat di dalam  pertempuran, contohnya  penempur yang cedera
  • tawanan  perang
10.2-PENCABULAN HAK ASASI
Pencabulan UUKA
  • menghalang mangsa yang cedera mendapatkan rawatan
  • memusnahkan harta benda orang awam semasa peperangan
  • membunuh orang awam semasa peperangan
  • membunuh musuh yang telah menyerah diri
  • tawanan disabitkan kesalahan tanpa mendapat hak perundangan
  • tawanan perang yang menyerah diri didera dan dimalukan


No comments:

Post a Comment