Monday, 25 August 2014

TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA


  • Gambar-gambar di atas merupakan pakaian-pakaian tradisional etnik di Malaysia.
Pada paparan blog kami kali ini, dengan rasa teruja dan gembira kami akan berkongsi ilmu mengenai keunikan adat dan pantang-larang kaum Cina.??,kami berdua merupakan peminat tegar MELUR JELITA penulis novel ASST, MPI dan ILUS.Dalam novel ASST, watak Hilman Yong(mualaf Cina) benar-benar memberi kesan kepada emosi kami,Adat kaum Cina yang unik dan menarik banyak diselitkan dalam unsur penceritaan novel ini.Berikut merupakan adat dan pantang-larang bagi kaum Cina..



Kepercayaan  &  Pantang-larang  kaum Cina
Kaum Cina sama seperti kaum-kaum di Malaysia yang lain mempunyai kepercayaan, adat dan pantang-larang.Pantang-larang  masyarakat  Cina meliputi elemen seperti yang berikut:

1.      Penyapu
-dipercayai   mempunyai semangat sendiri.Oleh itu,tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah dan kedai
-tidak boleh  digunakan untuk membersihkan perkakas  memuja  dan kawasan sembahyang di rumah orang Cina(hanya kain bersih  dan berus khas yang dibenarkan)
-semasa  perayaan Tahun Baru Cina pada 3 hari pertama perayaan, menyapu rumah atau kedai adalah dilarang sama sekali kerana dipercayai boleh menghilangkan tuah
-memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan kepada individu tersebut selama beberapa tahun

-kadang-kala, penyapu digunakan untuk menghilangkan lemah semangat seseorang.(perkara ini dilakukan dengan menyapu seluruh badan sambil menghadap patung-patung pujaan. Selepas itu, penyapu tersebut akan dipukul/ dipijat untuk mengeluarkan semangat yang tidak diingini tersebut)


1.      Nombor
-ada nombor yang dipercayai membawa tuah dan sebaliknya
Sebagai contoh, nombor 8 merupakan nombor kegemaran masyarakat Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah

Nombor 4 pula melambangkan kematian.Oleh itu,nombor 4 jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain. Nombor-nombor lain yang dielakkan penggunaannya secara umum adalah 7 dan 1 kerana masing-masing melambangkan kematian dan kesunyian.

2.      Misai dan Janggut


-Sesiapa yang menyimpan misai ataupun janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas si keluarga and saudara mara lelaki itu.
- Walaupun wira-wira dan dewa-dewa Cina zaman dahulu ada yang mempunyai janggut, ia masih di percayai tidak akan membawa tuah kepadanya.
-Seorang yang memiliki misai ataupun janggut akan di kategorikan sebagai
pekerja buruh atau pekerja bawahan, kerana ia tidak mempunyai masa untuk bercukur, justeru itu dikaitkan dengan kelas bawahan.




     
      adat perkahwinan kaum melanau

No comments:

Post a Comment